Tuesday, 22 July 2014

Perempuan dan berat badan.

Assalammualaikummmm~


Masa attend class English last semester, aku ada belajar pasal taboo in conversation especially dengan orang yang kita baru kenal. Antara taboo nya ialah jangan tanya pasal umur, gender, status, salary, education level, results, race, religion, car, house etc


Lepas tu lecturer aku cakap, "Don't ask female about their weight and don't ask male about their height"


Sebab aku ni perempuan, so aku nak ambil point pertama je lah, hehe


Berat badan bagi perempuan memang something yang sensitif. Jangan kau berani tanya berat badan perempuan okay. Perempuan ni ada satu sifat yang pantang nampak orang lagi kurus dari dia, mulalah gelabah rasa diri tu overweight. 


Akulah tu -.-'


Masa kat sekolah dulu, aku selalu insecure pasal berat badan and body shape aku. Aku rasa macam aku ahh yang paling gemuk dalam class. Masa 2 tahun lepas, masa aku Form 6, memang berat aku lebih daripada sekarang. Bila nak beli baju aku rasa insecure gak, takut bila balik nanti baju yang aku beli tu tak muat dengan badan, haihhhhh


Dulu aku tak tahu yang ada orang memang kurus sejak azali, makan banyak-banyak pun tetap kurus. Ada orang makan banyak, berat badan cepat naik. Ada yang sanggup tak makan sebab nak kurus. Tapi dorang lupa pasal nutrien yang badan dorang perlukan.


Jangan skip makan wahai perempuan sekalian!


Badan perlukan energy, so badan dapat energy through foods yang kita makan. Makan jer apa korang nak. Yang penting makan makanan yang sihat. Minum air putih bebanyak and jangan lupa bersenam. Jangan ikat perut sampai tak makan, lepas tu sendiri ahh merana sebab badan tak ada energy. 


Dulu badan aku besar sikit sebab kat rumah aku tak pernah skip meals (ibu masak sedap, takkanlah aku tak makan, huhu) and tak pernah bersenam. That's why berat aku naik and pipi pun buncit. Tapi bila aku dah masuk kolej, dah tak ada makanan terhidang depan mata dah, nak keluar pergi beli makanan pun malas, and untuk berjimat aku makan nasi masa tengah hari and malam cuma makan roti.


Tapi tu cuma mind set je HAHA


Aku pun kekadang makan tak tentu. Masa semester 1, during exam weeks, tiap malam aku makan burger sebab burger abang foodcourt sedap (ahakss). Masa semester break, aku risau giler bila balik rumah orang cakap aku gemuk ker apa sebab aku memang makan tak hingat masa kat kolej. Tapi bila aku timbang, berat aku turun daripada sebelum ni.


Aku pun konpius lah kan. Macam mana berat aku tak naik pulak ni. Pastu baru aku teringat, maybe sebab aku selalu berbasikal pepetang, so makanan yang aku makan jadi energy and aku bakar the calories through berbasikal. Cenggituuu~~


Masuk je semester kedua, aku dah faham dah. Kita boleh makan apa yang kita nak, as long as makanan tu sihat and kita bersenam. Aku join Sekretariat Kebudayaan kat kolej aku. First week of this semester tiap tiap malam aku pergi menari sampai pukul 2 or 3 pagi. Sampai lah habis semester. Bulan Mei ialah bulan busy aku. Every weekends ada event wehhh. Lepas satu koreografi, kena belajar koreografi lain untuk different events. Pastu weekdays memang pengsan penat dia. Pergi class pun rasa tak bersemangat tapi ku gagahi juaaa acecehhhhh


I'm not gonna lie, aku bukan bersenam punya orang. Aku tak suka jogging tapi aku suka menari. Before berlatih me and my team will warming up our body lah kan of course. Memacam stretching kitorang buat, secara tak langsung aku bersenam jugak.


Hey girls, take some time to work out. Tak rugi pun. Bukan nak kurus tapi sebab kita nak badan kita fit.


Sejujurnya, aku dah tak kisah aku kurus ker tidak, yang penting aku sihat, cehh kelas sangat statement kau jemahh!


Tak semestinya orang yang kurus tu sihat and orang yang gemuk tu tak sihat. Ada orang gemuk lagi fit dari orang yang kurus. CUMA, maybe sebab keturunan dia memang berbadan besar, tapi dia tak ada penyakit pun. Aku pernah jumpa orang yang berbadan besar boleh steady je jogging keliling padang tapi ada je orang kurus yang unfit, jogging 100 meter pun dah semput.


Ramadhan dan diet. Teori tu ada betulnya tapi bergantung juga dengan apa yang korang makan. Teori yang mengatakan, "Ala, kan siang tak makan, mesti berat badan turun" Lepas tu kau gelabah berat badan naik padahal puasa penuh. Mungkin makanan masa buka and moreh tu  mewah semacam. Contoh, kau makan ayam iaitu protein yang membekalkan tenaga. Lepas tu kau cuma habiskan malam kau tak buat apa-apa, memang ahh lama-lama tenaga tu jadi lemak dalam badan, got me?


Tak makan nasi. Boleh je kalau tak makan nasi tapi makanlah roti or mee. Aku tak suggest biskut sebab kadang-kadang biskut ada kandungan lemak yang tinggi. Roti burger boleh tapi jangan makan daging burgernya. Contoh kalau keluar dengan orang macam Moksu (hi Moksu yang suka order daging double tak nak roti), suruh dia beli burger and kau makan roti burger dia. Eh bayar ahh dia seringgit, jimat kannnnnnn? HAHA


Nasihat aku yang merupakan plain water lover ni, sila minum plain water banyak-banyak during the night. Sebab badan kita akan dehydrated teruk during the day sebab puasa. Anytime pun lah. Minum air banyak-banyak.


As the conclusion, aku post entry ni sebab aku nak every girls yang insecure pasal bentuk badan dorang faham yang bentuk badan isn't everything. Teori yang menyatakan lelaki suka badan perempuan kurus macam Victoria Secret's Angels (hi bini Adam Levine), ialah tak tepat. Some of boys lebih suka curvy body instead of skinny.


Tapi tak kisahlah, yang penting kita bahagia, wheeeeeee~


Along with this entry, aku cadangkan korang tengok video di bawah. The beauty guru talks about body image and how to make yourself feel better!




A nice and simple work out you can try!





Okay, that's all for now and thanks for readinggggggggggggggggg~~~~~

#SalamRamadhan #PrayForMH17 #BeStrongMalaysia 

Assalammualaikummmm~

No comments: