Tuesday, 22 July 2014

Perempuan dan berat badan.

Assalammualaikummmm~


Masa attend class English last semester, aku ada belajar pasal taboo in conversation especially dengan orang yang kita baru kenal. Antara taboo nya ialah jangan tanya pasal umur, gender, status, salary, education level, results, race, religion, car, house etc


Lepas tu lecturer aku cakap, "Don't ask female about their weight and don't ask male about their height"


Sebab aku ni perempuan, so aku nak ambil point pertama je lah, hehe


Berat badan bagi perempuan memang something yang sensitif. Jangan kau berani tanya berat badan perempuan okay. Perempuan ni ada satu sifat yang pantang nampak orang lagi kurus dari dia, mulalah gelabah rasa diri tu overweight. 


Akulah tu -.-'


Masa kat sekolah dulu, aku selalu insecure pasal berat badan and body shape aku. Aku rasa macam aku ahh yang paling gemuk dalam class. Masa 2 tahun lepas, masa aku Form 6, memang berat aku lebih daripada sekarang. Bila nak beli baju aku rasa insecure gak, takut bila balik nanti baju yang aku beli tu tak muat dengan badan, haihhhhh


Dulu aku tak tahu yang ada orang memang kurus sejak azali, makan banyak-banyak pun tetap kurus. Ada orang makan banyak, berat badan cepat naik. Ada yang sanggup tak makan sebab nak kurus. Tapi dorang lupa pasal nutrien yang badan dorang perlukan.


Jangan skip makan wahai perempuan sekalian!


Badan perlukan energy, so badan dapat energy through foods yang kita makan. Makan jer apa korang nak. Yang penting makan makanan yang sihat. Minum air putih bebanyak and jangan lupa bersenam. Jangan ikat perut sampai tak makan, lepas tu sendiri ahh merana sebab badan tak ada energy. 


Dulu badan aku besar sikit sebab kat rumah aku tak pernah skip meals (ibu masak sedap, takkanlah aku tak makan, huhu) and tak pernah bersenam. That's why berat aku naik and pipi pun buncit. Tapi bila aku dah masuk kolej, dah tak ada makanan terhidang depan mata dah, nak keluar pergi beli makanan pun malas, and untuk berjimat aku makan nasi masa tengah hari and malam cuma makan roti.


Tapi tu cuma mind set je HAHA


Aku pun kekadang makan tak tentu. Masa semester 1, during exam weeks, tiap malam aku makan burger sebab burger abang foodcourt sedap (ahakss). Masa semester break, aku risau giler bila balik rumah orang cakap aku gemuk ker apa sebab aku memang makan tak hingat masa kat kolej. Tapi bila aku timbang, berat aku turun daripada sebelum ni.


Aku pun konpius lah kan. Macam mana berat aku tak naik pulak ni. Pastu baru aku teringat, maybe sebab aku selalu berbasikal pepetang, so makanan yang aku makan jadi energy and aku bakar the calories through berbasikal. Cenggituuu~~


Masuk je semester kedua, aku dah faham dah. Kita boleh makan apa yang kita nak, as long as makanan tu sihat and kita bersenam. Aku join Sekretariat Kebudayaan kat kolej aku. First week of this semester tiap tiap malam aku pergi menari sampai pukul 2 or 3 pagi. Sampai lah habis semester. Bulan Mei ialah bulan busy aku. Every weekends ada event wehhh. Lepas satu koreografi, kena belajar koreografi lain untuk different events. Pastu weekdays memang pengsan penat dia. Pergi class pun rasa tak bersemangat tapi ku gagahi juaaa acecehhhhh


I'm not gonna lie, aku bukan bersenam punya orang. Aku tak suka jogging tapi aku suka menari. Before berlatih me and my team will warming up our body lah kan of course. Memacam stretching kitorang buat, secara tak langsung aku bersenam jugak.


Hey girls, take some time to work out. Tak rugi pun. Bukan nak kurus tapi sebab kita nak badan kita fit.


Sejujurnya, aku dah tak kisah aku kurus ker tidak, yang penting aku sihat, cehh kelas sangat statement kau jemahh!


Tak semestinya orang yang kurus tu sihat and orang yang gemuk tu tak sihat. Ada orang gemuk lagi fit dari orang yang kurus. CUMA, maybe sebab keturunan dia memang berbadan besar, tapi dia tak ada penyakit pun. Aku pernah jumpa orang yang berbadan besar boleh steady je jogging keliling padang tapi ada je orang kurus yang unfit, jogging 100 meter pun dah semput.


Ramadhan dan diet. Teori tu ada betulnya tapi bergantung juga dengan apa yang korang makan. Teori yang mengatakan, "Ala, kan siang tak makan, mesti berat badan turun" Lepas tu kau gelabah berat badan naik padahal puasa penuh. Mungkin makanan masa buka and moreh tu  mewah semacam. Contoh, kau makan ayam iaitu protein yang membekalkan tenaga. Lepas tu kau cuma habiskan malam kau tak buat apa-apa, memang ahh lama-lama tenaga tu jadi lemak dalam badan, got me?


Tak makan nasi. Boleh je kalau tak makan nasi tapi makanlah roti or mee. Aku tak suggest biskut sebab kadang-kadang biskut ada kandungan lemak yang tinggi. Roti burger boleh tapi jangan makan daging burgernya. Contoh kalau keluar dengan orang macam Moksu (hi Moksu yang suka order daging double tak nak roti), suruh dia beli burger and kau makan roti burger dia. Eh bayar ahh dia seringgit, jimat kannnnnnn? HAHA


Nasihat aku yang merupakan plain water lover ni, sila minum plain water banyak-banyak during the night. Sebab badan kita akan dehydrated teruk during the day sebab puasa. Anytime pun lah. Minum air banyak-banyak.


As the conclusion, aku post entry ni sebab aku nak every girls yang insecure pasal bentuk badan dorang faham yang bentuk badan isn't everything. Teori yang menyatakan lelaki suka badan perempuan kurus macam Victoria Secret's Angels (hi bini Adam Levine), ialah tak tepat. Some of boys lebih suka curvy body instead of skinny.


Tapi tak kisahlah, yang penting kita bahagia, wheeeeeee~


Along with this entry, aku cadangkan korang tengok video di bawah. The beauty guru talks about body image and how to make yourself feel better!




A nice and simple work out you can try!





Okay, that's all for now and thanks for readinggggggggggggggggg~~~~~

#SalamRamadhan #PrayForMH17 #BeStrongMalaysia 

Assalammualaikummmm~

Sunday, 16 March 2014

#RUBY2014



Aku telah membuat satu keputusan yang agak bijak dengan tidak mensia-siakan hujung minggu aku yang pada hari kebiasaannya aku sedang bergolek-golek di atas katil sambil menikmati hidup yang tidak perlu bangun awal pagi untuk ke kelas. Sebaliknya, rutin harian aku telah bertukar semalam apabila dengan rajinnya aku elah menghadiri satu bengkel keyakinan dan kecantikan yang dikendalikan oleh Eksekutif Kolej Enam Belas.


Fuhhhh~


Okay, perenggan pertama yang boleh dikatakan mukadimah itu akak membawa korang semua meneroka pengalaman aku sepanjang program #RUBY2014. Apa itu #RUBY2014? Sejujurnya aku tak tahu maksud sebenarnya, tapi aku teka je lah ehhh. Aku rasa nama dia RUBY sebab pesert semua peremps and bengkel ni cerita pasal hal-hal peremps, hehe


Memula aku tak tahu yang bengkel ni semua peremps, tapi setelah diselidik tentatif majlis tersebut, ishh takkan lelaki ingin nak belajar mekap, lagi-lagi bebudak U, tak macho langsung HAHA


#RUBY2014 ni baru je semalam, nampak tak aku semangat? Terus update entry kat blog hari ni, padahal jap lagi pukul 10 pagi nak kena pergi kelas tapi demi pembaca semua sanggup ku korbankan waktu aku curi tidur sekejap sebelum ke kelas, ahakssss


Aku pergi majlis ni dengan Ekin, Ain, Ainul, Simah and Moksu. Kitorang sampai kat cafe Serumpun pukul 9.30pagi. Pastu breakfast and terus masuk dewan sebab dalam tentatif kata majlis mula pukul 10.00pagi. Berbekalkan semangat yang jitu, kitoran gpun masuk dalam dewan. Boleh dikatakan kitorang antara orang yang terawal jugalah. Kitorang kena daftar dulu kat pintu masuk dewan. Dapat goodie bag, nombor cabutan bertuah, merit kolej and majalah GEMPAK. Masuk-masuk jer tak ada orang lagi kat kerusi, dapatlah kitorang duduk barisan depan sekali, hehe



Majalah Lisa and Clean&Clear.



The small stage and the projector.

Para AJK tengah susun goodie bag from Lisa and Clean&Clear :)


Nampak tak depan dia, memang barisan depan sekali aku duduk, hehe


Tapi, aku nak cakap sikit lah kan, majlis mula lambat kot, dalam 11.30pagi macam tu, dalam tentatif kata pulul 10.00pagi. Perghhh aku dah habis bosan dah kat situ. Nasib baik budak teknikal pandai ambil hati, dia mainkan lagu Justin Bieber, sejuk sikit hati aku ni hahhh hehe



Masa tengah tunggu tu, aku tak tahu nak buat apa dah. Nasib baik aku bawak buku yang dibeli menggunakan Baucar 1Malaysia (terima kasih kerajaan Malaysia) untuk dibaca ketika itu. Lagi sikit nak habis baca buku ni, chaiyokk didi!




Sementara menunggu majlis tu start, aku sempat gak ambil gambar barang-barang yang kitorang dapat dalam goodie bag yang dorang bagi masa pendaftaran tadi.


Sticker.

MarsJar


Squeeshie by The Dramatic Fash



Benda ni marshmallow, kat atas dia ada caramel, bawa dia pulak ada kacang, sedap wehhhh!



Bila nak upload gambar dalam blog, pastu tertinggal pulak nak ambil gambar brooch besar ni, so ambil gambar dalam bilik kolej jer hehe Dapat Merah Biru (itu Johor). Aku tukar dengan Ekin, sebab aku memula dapat warna purple, Ekin suka purple, so aku tukarlah dengan dia (baiknya aku, ahaksss)



Kitorang dapat majalah GEMPAK secara percuma jugakkkk yeayyy!


Lepas tu, event pun start, huhu Segment pertama pasal keyakinan diri oleh wakil Majalah Lisa. Then, penerangan oleh makeup artist, Cindy. Dia terangkan cara-cara untuk kita menggunakan produk-produk seperti pembersih muka, toner dan krim pencerah dengan betul. 


Banyak info-info baru yang aku dapat. Sekarang baru aku sedar yang selama ni aku ada apply some product incorrectly. Alhamdulillahh, sekarang dah tahu dahh, huhu




Tengah dia cerit-cerit, tetiba dia suruh keluarkan barang mekap yang kitorang ada dalam bag masa tu. Semua orang pun keluarkanlah. Ada yang cuma bawak satu or dua product. Dia tanya lagi, ada tak yang bawak lebih dari dua? Pastu bebudak ni point aku sebab aku bawak beg mekap, hehe



Dia pun mintak beg mekap aku and aku bagilahkan. Ingatkan dia nak buat apa. Rupanya dia nak tengok je and dia suruh aku bangun, tup tup dapat goodie bag daripada Clean&Clear, hehe Alhamdulillahhhhhhhh~




Makeover session! Model ni namanya Dalila kalau tak silap aku. Dia peserta gak macam kitorang. Dia jadi model untuk makeover session ni. Sambil tu, Cindy terangkan lagi cara-cara nak bersolek dan keadaan yang sederhana, tak payah nak smokey eyes sangat, kata beliauuu, hehe




Beauty session pun dah habis. Masa ini wakil Clean&Clear terangkan pasal peraduan yang dorang buat.



Si Bam Bam ni dapat goodie bag sebab dia dapat jawab soalan trivia pasal Clean&Clear, hehe





Hijab tutorial session! Model ni merupakan salah seorang AJK. Wakil daripada majalah Lisa tunjukkan cara-cara simple untuk kita gayakan tudung. Ada dua jenis cara gayakan turban dan satu cara ringkas untuk mengayakan shawal.




Sesi penyampaian cenderahati pun disampaikan kepada wakil Majalah Lisa dan Clean&Clear.


Morning session pun berakhir dalam lebih kurang pukul 1:30ptg macam tu lah aku pun dah tak ingat dah, hehe


Kat bahagian belakang dewan, ada jualan memacam. Ada tudung, kek, jubah, ehh memacam lahh yang ada. Masa kitorang tengah lelepak kat situ, tetiba salah seorang wakil Lisa nak minta tolong kitorang tanyakan soalan kepada next covergirl dorang. Dia akan record soalan kitorang and dia akan ajukan kepada covergirl tersebut.







Cehhh ambil gambar dulu, kaki tetap bersilang walaupun tahu yang bahagian kaki tak masuk dalam frame HAHA


Sebenarnya, si Ekin yang ajak kitorang join #RUBY2014 sebab dia minat kat Dena Bahrin. Siapa? Alaaa, yang blogger tu lahh. Dena datang bagi talk pasal kerjaya dan kenyakinan diri.



Masya Allahh, cantiknya Dena ni, macam pengantin, hehe


Memacam yang dia kongsi. Dia cerita pasal student life, pasal cara nak tingkatkan keyakinan diri, cara nak hapuskan semua haters, and of course lah ada yang tanya pasal perkahwinan pada usia muda. Kalau korang tak tahu, umur Dena ni baru 22 tahun tapi dia dah kahwin dua tahun lepas and dah ada seorang anak yang comel yang amat adoiiii


Habis jer slot Dena, kitorang terus balik kolej. Sepatutnya malam tu ada fashion show tapi tak dapatlah nak pergi sebab penat plus nasib baik aku tak pergi sebab tetiba dapat text yang malam tu ada script reading session, fuhhhhhh~~



So, harini kita dah berjaya mendapatkan dua biji goodie bags, yeayyy! Satu daripada Clean&Clear and satu lagi daripada Majalh Lisa. Goodie bag Majalah Lisa tu semua orang dapat, yeayyy!


Inilah yang ada dalam goodie bag Clean&Clear. Ada Notebook, card holder, fruit punch, fruit note, iol control film :)



Dalam Goodie Bag Majalah Lisa pulak, ada empat produk pembersih wajah Clean&Clear yang berlainan series. Series ni ialah seris Clean&Clear yang terbaru. Aku tak teruja sangat sebab aku tak guna Clean&Clear. Hujung-hujung aku bagi room mate aku je, hehe

Lepas tu, ada jugak bookmark, Majalah Lisa Edisi Mac, oil control film, satu borang penyertaan peraduan and 13 keping baucar. Ehh, serius, aku rasa aku macam tak guna jer baucar-baucar tersebut.


Secara keseluruhannya, aku gembira sebab dapat banyak barang free! HAHA Siapa yang tak suka barang free kannnnnnnnnnn


Selain tu, aku enjoy gak, sebab hujung minggu aku lebih bermakna and aku dapat belajar memacam perkara daripada program tu, alhamdulillahhhh~


Terima kasih kepada Ekin sebab ajak aku jon #RUBY2014 and thanks to Ain, Moksu, Simah and Ainul sebab sesama nak pergi event dengan ittewww, ahakss Lain kali kita pergi lagi ehhhh, huhu


Okay, that's all for this time!


(tulisan tu adoiii kekadang aku pun confuse aku ni akan jadi cikgu ke jadi coktor bila dah grad nanti, hihikkk)


Thanks for readinggggggggggggggggg~~~~~

Saturday, 15 March 2014

Cerita cuti semester aku - PART 2



Macam bagus je kann. Dah lah dah lama tak update blog. Lepas tu nak cerita pasal cuti semester yang dah sebulan lebih berlalu, pfttttttt


Alahaiii aku busy lahh wehh, tak menyempat nak type pepanjang, maaf lahh ya (nada si bam bam)


Alkisah, aku pergi holiday dengan family aku. Tapi tak ada ahh sampai luar negara luar negeri ke apa. Cuma dalam negeri jer pun. Ehh even DALAM NEGERI JER PUN, aku tak pernah pergi lagi tempat cenggini. So, tak payah nak berangan nak pergi jejauh sangat lah ya, ahakss


Marilah kita pulang ke pangkal jalan ya anak-anak sekalian. Aku pergi holiday pada 8 Februari 2014. Satu hari jer kat sana. Check in pukul 12 tengah hari and check out pukul 12 tengah hari keesokan harinya. Pergi dalam lima buah kereta (kemain banyak lagi). Tak ramai pun orang, cuma nak angkut barang-barang yang menimbun jer, huhu


At first, aku tanya ibu aku yang kitorang nak holiday kat mana sebenarnya. Then, ibu aku kata kat tepi pantai pastu bermalam dalam chalet. Cehhh aku dah gembira. Dah lama dah tak lepak pantai. Dah berangan memalam nak jenjalan tepi pantai pastu buat barbeque pastu fenfeling sensorang sambil main gitar (walaupun tak reti main tapi lantak apa kan), ishh best best!


Pagi tu pun semangat memasing bangun awal and sesiap. LET'S GO TO HOLIDAY!



Tiga kereta tu semua kereta family aku. Aku berada dalam kereta yang keempat. Kereta kelima lambat sikit sampai tapi alhamdulillah mereka sampai dengan selamat. Perjalanan mengambil masa selama sejam lebih (kalau tak silap aku sebab aku pun dah tak berapa ingat sebenarnya, hehe) Masa ni nak pergi tepi pantai tu. Kemain adventure nyah hoii! Kiri kanan banyak pokok kelapa yang menjadi bukti bahawa kami berada di Johor sebab Kat Johor jer yang ada banyak pokok kelapa cenggini, teehee



Ohh yaa! Kita dah sampai, huhuuuuuuuu


Korang pelik? Aku pun pelik. Masa kitorang sampai sana, tak ada pulak orang-orang dok lelepa kat tepi pantai tu hahhh. Tak ada pulak aku jumpa orang naik kuda ke apa. Tak ada orang! Lepas tu kat tepi pantai ni ada perkampungan. Ohhh dalam fikiran aku ni maybe kampung tu ada chalet and kitorang bermalam kat sana. Tapi apa yang aku fikirkan tu semua totally different!




Korang nampak tak ada macam bebanyak rumah kat tetengah laut tu? Kitorang akan bermalam kat situ, and aku pun macam, HAHHHHHHH?!?!?!?!!!!!


Seriously wehh, tetiba aku rasa down and nak balikkkkkkkkkk!




Lepas tu tetiba ada bot datang. Nak bawak kitorang pergi rumah kat tetengah laut tu. Aku pun tetiba rasa macam excited tetiba, sebab tak pernah naik bot HAHA




Nampak tak jakun dia? Hehe Kat belakang tu Eza. Tak sampai 5 minit pun dalam bot tu, sebab dekat jer tepi pantai dengan rumah tengah laut tu, sempat lah jugak jakun sekejap, hehe





Tadaaaaaaaaaaa! JOJO RAKIT nama rumah tersebut. Terletak di Tanjung Buai, Kota Tinggi. 


Bila naik rumah rakit ni, pastu pandang kiri, perghhhhhhhh design cantik giler kottt! Bilik kitorang yang number 2, tapi aku nak minta maaf sangat-sangat sebab lupa nak ambil gambar rupa bilik kitorang, ahaksss



Ni ruang tamu/dining room lah lebih kurang. Reramai boleh lelepak and makan kat sini. Nak tengok TV pun boleh. Aku memang kagum and amaze by the ukiran yang ada. Rasa macam kat rumah dedulu, huhu


Ni reception punya tempat. 



Pandangan daripada reception section.


Eh, tu TMJ ke? huhu


Okay, actually, ni boy's plan nak holiday kat sini. The main reason is dorang nak memancing! JOJO RAKIT ni memang jadi lubuk pemancing untuk memancing kat sini. Dah banyak kali gak JOJO RAKIT ni masuk paper sebab tempatnya memang cantik and para pemancing ramai datang kat sini.




Apa lagi, tak menyempat nak buat pape, terus capai joran, pastu pancing ikan! Ishh tak menyabar betul. 




Pastu tetiba pancing and dapat tapak sulaiman. Ohh cenggini rupanya. Aku pun baru first time tengok live, huhu



Hasil tangkapan pada petang itu, banyaknyaaaaaa~



Aktiviti di petang hari hanya memancing. Pastu ikan tu semua kita kasi goreng okay! Dinner time!

Ahh ni semua family aku. Kemain ramai. Rasa romantik gittew, makan dengan bertemankan lampu yang malap malap, cehhh



Lampu malap, tapi berguna, ahakss


Perut kenyang, hati suka, pastu pergi jenjalan kat atas rakit tu, kita menjelajah! 










Cecantik semua barang kat sini. Teringat dulu masa Lower Six ada assignment kena buat ukiran. Aku buat ukiran kat kotak, huhu





Keesokan harinya pun tiba. Bangun pagi nampak matahari terbit cantik giler. Capai camera pastu terus tangkap gambar. Subhanallah, cantiknyaaaa :')


Le Girls, hehe


With my mom <3

Masa ni tengah tunggu bot nak pergi ke darat semula and we were about to heading home, huhu


Tapi sebelum balik rumah, kitorang singgah Tanjung Balau. Disebabkan le boys dah dapat memancing, so kena ahh bawa le girls pergi pantai and fenfeling, kann



Me and my bother, photo bombed by my dad!



Kan dah cakap nak fenfeelinf tadi, ahakssss





Pastu pergi makan keropok lekor pulakkk, kenyang wehhhh! Semua orang lapar ker? Apsal aku sorang jer yang tengok camera? Hehe


Okay, tu jer aku nak share kali ni. Kalau korang tak pernah pergi JOJO RAKIT ni, aku suggestkan kroang pergi ahh. Pergi lama sikit. Aku pun tak puas duduk sana satu hari. Sebab memasing ada komitmen, tak boleh lah nak lepak lelama. 


In sha Allah, lain kali kalau ada kesempatan nak pergi, aku nak duduk sana lama sikit. Rasa tenang jer kat sana, sambil tengok lautan terbentang luas tapi rakit bergegar sebab bot lalu kat tepi rakit tu laju nak mam hehe


Ohh yaa, marilah kita sesama #PrayForMH370. Semoga semuanya dapat dirungkaikan dengan baik and aku benci betul dengan pelbagai spekulasi yang dibuat oleh orang yang tak boleh fikir dengan waras ni, ishhhh


Thanks for reading!